Little Muslimah
Let's Get Henshin II
Wednesday, October 16, 2013 • 5:36 PM • 0 comments

Assalamualaikum ..
  Bismillahirrahmanirrahim , Akh & Ukht yg diberkati Allah sekalian ,
Ana nak ceritakan satu peristiwa pada antum semua ..

     Sebenarnya , ana bukanlah seorang yang baik , solehah , berakhlak mulia , berperwatakan baik .... walaupun ana memakai tudung labuh . Tudung labuh tidak semestinya kita berakhlak mulia , kan ?
Macam ni .. Sebenarnya , Ana ni .. Tak suka berkawan dengan banat . Ana lebih senang berkawan dengan banin . Ya , Ana tau itu semua dosa . Pada ana , banin lebih memahami apa yang ana nak sampaikan berbanding dengan banat . Ya , Terus terang ana cakap , sebenarnya ana memang tak ada kawan dari kalangan banat . Ya , secara tidak sedar , ana telah menghampiri Inchek Ikhtilat . Ya Allah , banyaknya dosa yang aku dah buat dimuka bumi-Mu ini ya Allah .. T_T
     Tapi , semenjak dua menjak ni ... Bila ana buka FB kawan ana , ana tertarik untuk baca satu mesej ni .. Mesej antara dia dan seorang banin yang memulakan perbualan tersebut . Di akhir mesej tersebut , dia dengan lemah lembutnya memberitahu si Inchek Banin ini bahawa dia mahu mengundur diri kerana tidak mahu menambah dosanya , sedangkan amal kebaikannya di muka bumi Allah ini belum cukup .Lebih tepat lagi , amal kebaikan kita tidak akan pernah cukup ... Ana cukup tersentap di situ . Ana terus menangis kerana ana telah mendekati Inchek Ikhtilat ... Ana telah melakukan banyak dosa . Ana tak jaga batas2 pergaulan . Ana bergaul dengan banin yang bukan mahram ana ... Ya Allah , Pada masa itu juga , ana buat perubahan dalam diri ana . Ana pasang niat , Ana nak berubah LILLAHI TA'ALA !
     Akh wa ukht , Hidayah Allah datang dari mana2 dan bila2 masa sahaja . Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan . Islam itu indah bukan ? Allah itu Maha Adil bukan ? Ya ! Islam itu Indah . Terlalu indah ... dan manis dengan adanya nikmat BERUKHUWWAH . Ya ! Allah itu adil dalam setiap sesuatu . Ya Rabb , Ampunilah dosa2 kami .. Ya Rabb , terimalah taubat hamba2-Mu . Ya Rabb , Berilah hidayah kepada sesiapa yang mahukan perubahan . Ya Rabb , berikanlah hidayah kepada saudara2 seIslamku yang masih belum mahu bertaubat . Ya Rabb , Ampunkan lah dosa2 guru2 yang telah mengajar kami . Ya Rabb , Ampunkahlah dosa2 ibu bapa kami , Ya Rabb , Ampunkanlah dosa2 sahabat2 kami . Ya Rabb , Terima Kasih kerana telah mengurniakan kami nikmat Iman dan Islam . Ya Rabb , Terima Kasih kerana Engkau telah mengurniakan aku beberapa orang sahabat yang dapat membimbing aku kejalan yang benar . Ya Rabb , Aku bersyukur kerana telah dikurniakan nikmat ukhuwwah . Ya Rabb , bantulah negara2 Islam yang sedang ditindas dengan bantuan para malaikat-Mu Ya Rabb . Ya Rabb , Perkenankanlah doa kami ini ..

   So akh wa ukht ! Bangkitlah ! Marilah kita berubah kearah kebaikan ! Let's Get Henshin Together ! =)        
   
    Suka untuk ana kongsikan video ini untuk tontonan kalian . =)


Sekian , Wabillahi taufiq wal hidayah ,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .
Ikhlas daripada ,
Hamba Allah yang banyak melakukan dosa .
       



Assalamualaikum , Deen hanya Hamba Allah yang biasa-biasa saja ... Sedang mencari keredhaan-Nya . Merindui sahabat-sahabat sendiri . :')
Diary About Link