Little Muslimah
Let's Get Henshin II
Wednesday, October 16, 2013 • 5:36 PM • 0 comments

Assalamualaikum ..
  Bismillahirrahmanirrahim , Akh & Ukht yg diberkati Allah sekalian ,
Ana nak ceritakan satu peristiwa pada antum semua ..

     Sebenarnya , ana bukanlah seorang yang baik , solehah , berakhlak mulia , berperwatakan baik .... walaupun ana memakai tudung labuh . Tudung labuh tidak semestinya kita berakhlak mulia , kan ?
Macam ni .. Sebenarnya , Ana ni .. Tak suka berkawan dengan banat . Ana lebih senang berkawan dengan banin . Ya , Ana tau itu semua dosa . Pada ana , banin lebih memahami apa yang ana nak sampaikan berbanding dengan banat . Ya , Terus terang ana cakap , sebenarnya ana memang tak ada kawan dari kalangan banat . Ya , secara tidak sedar , ana telah menghampiri Inchek Ikhtilat . Ya Allah , banyaknya dosa yang aku dah buat dimuka bumi-Mu ini ya Allah .. T_T
     Tapi , semenjak dua menjak ni ... Bila ana buka FB kawan ana , ana tertarik untuk baca satu mesej ni .. Mesej antara dia dan seorang banin yang memulakan perbualan tersebut . Di akhir mesej tersebut , dia dengan lemah lembutnya memberitahu si Inchek Banin ini bahawa dia mahu mengundur diri kerana tidak mahu menambah dosanya , sedangkan amal kebaikannya di muka bumi Allah ini belum cukup .Lebih tepat lagi , amal kebaikan kita tidak akan pernah cukup ... Ana cukup tersentap di situ . Ana terus menangis kerana ana telah mendekati Inchek Ikhtilat ... Ana telah melakukan banyak dosa . Ana tak jaga batas2 pergaulan . Ana bergaul dengan banin yang bukan mahram ana ... Ya Allah , Pada masa itu juga , ana buat perubahan dalam diri ana . Ana pasang niat , Ana nak berubah LILLAHI TA'ALA !
     Akh wa ukht , Hidayah Allah datang dari mana2 dan bila2 masa sahaja . Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan . Islam itu indah bukan ? Allah itu Maha Adil bukan ? Ya ! Islam itu Indah . Terlalu indah ... dan manis dengan adanya nikmat BERUKHUWWAH . Ya ! Allah itu adil dalam setiap sesuatu . Ya Rabb , Ampunilah dosa2 kami .. Ya Rabb , terimalah taubat hamba2-Mu . Ya Rabb , Berilah hidayah kepada sesiapa yang mahukan perubahan . Ya Rabb , berikanlah hidayah kepada saudara2 seIslamku yang masih belum mahu bertaubat . Ya Rabb , Ampunkan lah dosa2 guru2 yang telah mengajar kami . Ya Rabb , Ampunkahlah dosa2 ibu bapa kami , Ya Rabb , Ampunkanlah dosa2 sahabat2 kami . Ya Rabb , Terima Kasih kerana telah mengurniakan kami nikmat Iman dan Islam . Ya Rabb , Terima Kasih kerana Engkau telah mengurniakan aku beberapa orang sahabat yang dapat membimbing aku kejalan yang benar . Ya Rabb , Aku bersyukur kerana telah dikurniakan nikmat ukhuwwah . Ya Rabb , bantulah negara2 Islam yang sedang ditindas dengan bantuan para malaikat-Mu Ya Rabb . Ya Rabb , Perkenankanlah doa kami ini ..

   So akh wa ukht ! Bangkitlah ! Marilah kita berubah kearah kebaikan ! Let's Get Henshin Together ! =)        
   
    Suka untuk ana kongsikan video ini untuk tontonan kalian . =)


Sekian , Wabillahi taufiq wal hidayah ,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .
Ikhlas daripada ,
Hamba Allah yang banyak melakukan dosa .
       

Let's get Henshin !
Tuesday, October 15, 2013 • 6:09 PM • 0 comments

Assalamualaikum .
   Dear awak , Awak nak tau satu benda tak ? Saya dah stop mesej dengan budak laki , Awak macam mana ? Awak nak tau tak . Dosa tau mesej atau chat atau apa2 yang seumpama dengannya , dengan budak laki ... Saya tau awak dah tak layan chat saya , mesej saya .. Tapi awak masih mesej , chat dengan orang yang berlainan dengan jantina awak . Awak , stop lah , Please .. Dosa kerana tak jaga Ikhtilat . Ikhtilat bukan dalam dunia reality je , Ikhtilat kena jaga dekat mana2 je kita pergi . Awak tau tak benda ni ? Saya tau yg awak sebenarnya dh tau , cuma awak tak amalkan perkataan tu dalam hidup awak .
   Awak , sejujurnya . saya nak cakap .. Saya jeles tengok awak chat dengan bdk perempuan lain ... Saya jeles ... Ye , saya jujur . Saya memang ada chat dengan budak laki . Tapi , tu dulu . Sekarang saya dah betul2 insaf . Saya dah tak buat dah benda tu ... Saya jaga pergaulan saya . Mulai minggu lepas lagi saya dah stop chat dengan budak laki . Awak nak tau ? Saya dah kurang kena kacau . Saya anggap tu berita gembira dari saya kpd awk ... Kan ? Awak , sorry sebab tibe2 je saya suruh awak stop mesej saya & call saya . Sorry , Saya dah tak nak tambah dosa . Amalan kebaikan saya belum cukup untuk saya tambah dosa . Awak cakap , awak dah insaf . Tapi insaf dengan saya je . Kita clash , cuma kawan baik , tak call , tak mesej . K , awak dengar ni , Saya tau awk dah mula berubah , Berubah kearah yang lebih baik . Saya cukup gembira dah dengan benda tu .. But , can you do something Lillahi Ta'ala ?  Get change , Jaga Ikhtilat , Jangan mesej atau chat dengan budak perempuan macam yang awak dah buat dekat saya . Please ...
  Awak nak tau satu FAKTA berkenaan pelajar tahfiz ? Untuk lelaki , Jika ada SETITIK perasaan suka , rindu , sayang terhadap perempuan yang BUKAN MAHRAM , Hafalannya MUDAH untuk DILUPAKAN . Begitu juga untuk yang perempuan . Jadi , sia2 jelah kan kita hafal banyak Juz pun kalau  senang sangat nak lupa . Kan ? Nak tau kenapa benda tu boleh jadi ? Ianya kerana , Syaitan dah cucuk jarum dia , supaya kita LALAI . Nauzubillahi minzaalik .

 So , Let's get HENSHIN together ! 
Indahnya  jika satu dunia ni menjaga pergaulan mereka . Indahnya dunia ni , Jika satu dunia ni tau jaga Ikhtilat , Jaga aurat . Seronok ... Tiada peperangan . Indahnya dunia ni , Jika satu dunia ni , Tau jaga pandangan . Indahnya dunia ni .. =')

  Ikhlas dari saya ,
Hamba Allah Yang Sentiasa Melakukan Kesilapan .




I'm Still Hoping on You Actually . x.x
Sunday, October 13, 2013 • 3:25 AM • 0 comments

Assalamualaikum ,
  Dear awak ,
       Saya harap awak sihat . *saya nak tanya benda ni pada awak pun , belum tentu dapat*
Awak , Saya nak awak tau , Saya still mengharap yang awak akan call saya , mesej saya , chat dengan saya . BUt you know what actually happened right now ? What I was hoping , Is only a D R E A M . I can't believe it ! You're change all of sudden ! You're change ! You're not the one who I met in 2011 nor 2012 . You're T O T A L L Y  C H A N G E D ! WHY ?! Saya tak nak sangka buruk dekat awak , saya cakap pada diri saya , mungkin awak sibuk , busy , bnyk benda nak kne buat sampai chat saya pun awak tak balas . But , GUESS WHAT ?? Bile saya bukak FB awak , awak layan chat org lain . tapi awak tak bukak pun mesej saya . Awak , kenapa awak tak boleh layan saya macam awak layan orang lain ? Kenapa awak macam sisihkan saya ? Apa yang saya dah buat ? Kenapa awak buat saya macam ni ? Kenapa awak buang saya ? Kemana awak campak saya ? Kemana perginya awak yang dulu ? Mana ? Mana ? Awak , Saya rindu awak yang dulu ... Awak , Walaupun kita dah break , Saya tetap pegang janji tu . Saya tau keadaan awak , Saya faham . Tapi , Bila awak nak faham keadaan saya ? Bila awak ?! Bila ?! Saya tanya benda yang penting pun awak tak jawab .... Lagikan saya nak tanya awak , Benda yang tak brape nak penting ... Awak , Kenapa awak berubah sampai macam ni ? Kenapa awak buat saya macam ni ? Saya tau awak budak tahfiz . Saya tau . Tapi , satu benda yang awak tak tau tentang saya . Dan benda ni ... Awak tak pernah tanya saya ... Awak , saya tak nak tengok awak sedih . Saya tak sanggup . Bagi saya , Biar saya je yang sedih . Wallahualam .

Saya dah takde pape nak bagitau awak lagi . Saya cuma harap , Satu hari nanti , awak akan baca benda ni ... Tapi bukan untuk masa sekarang ni .. Maafkan saya , awak .

Assalamualaikum .

Ikhlas dari saya ,
_DeenAkmaliahYosree_

Saya Tau Awak Busy ... ='(
Friday, October 11, 2013 • 6:48 PM • 0 comments

Assalamualaikum , Hye awk , awk dan awak , :)
Sihat ? hihi ..

   Dear awak ,
Saya tau awak busy . Sibuk . Banyak benda awak nak buat . Tapi , Saya ingat , Saya baru nak call awak . Tapi , saya tau awak busy . Awak , saya tak harapkan pun yang awak akan balas mesej saya , angkat call saya . Saya cuma nak tau , awak sihat ke tak . Saya tau kita cuma kawan baik . Tapi , saya tak dapat tahan perasaan ni ... Perasaan yang saya simpan dari tahun 5 .. Sejak awak luahkan apa yang awak rasa . Walaupun saya cakap , saya tak suka awak . Tapi , awak nak tau ? sebenarnya saya cuma uji awak je . Ternyata , awak tau hasil daripada kajian saya ? Awak memang orang yang penyabar , awak tetap nak tunggu orang yang dah cakap awak macam2 sedangkan ramai lagi yang nak dekat awak . Banyak kenangan yang ada dekat sekolah lama tu ... Dan kini , Saya rasa macam saya nak putarkan balik masa . Saya nak lalui semua tu untuk kali ke-dua . Tapi itu mustahil . x_x

  Tapi , tahun ni... bila dah tak sama negeri & sekolah ,
Awak macam dah berubah . Bila awak tau ada orang lain suka saya , awak macam nak sangat2 .... saya dengan dia ... Awak , saya mintak break sebab saya tak nak tarik awak masuk neraka . Awak budak tahfiz . Saya buat benda ni ... Bukan sebab saya suka dia . Saya buat semua ni .. Sebab saya tak nak buat awak stress , terganggu .. Dan yang paling utama , Saya tak nak terus bergelumang dalam DOSA . Kalau sebelum awak kenal orang yang suka saya tu ... Awak akan cakap , TAK . Tapi , sejak awak kenal orang tu , Terus-terang saya cakap ,Awak macam DIPAKSA . Awak relakan . Awak setuju . Awak sokong . Tanpa sempat saya bagi penjelasan . Tolong , Saya mintak , Awak bagi saya satu peluang . Saya cuma minta SATU PELUANG . Untuk jelaskan .. Yang saya mintak break bukan kerana 'DIA' .Awak , Daripada gaya awak cakap dengan saya masa call , Saya dapat rasa yang hati awak tengah menangis .. Kalau awak nak tau , SAYA PUN . Awak , Saya rindu Lawak Limited Edition awak , Lawak Terlebih Benua awak . Saya rindu semua tu ... T_T Saya harap sangat yang awak faham keadaan saya . Saya pun tengah memahami keadaan awak . Awak , please , bagi saya SATU PELUANG .. Untuk saya bagitahu .. perkara sebenar ... Tolong . Saya takut , tahun depan saya dah tak dapat nak buat benda tu .. Tolonglah , awak . Saya mengharap sangat dekat awak .. T_T

Sekian dari saya ,
Assalamualaikum . =')

Belajar .... =>
Thursday, October 3, 2013 • 6:41 PM • 0 comments

Assalamualaikum ,
    Hye Hye Hye . Dah sarapan ? Ngeh , saya belum . hihi . Malas sangat nak makan . *pun nak bagitahu ke ?* haih , Okey , Berbalik pada tajuk kita .... Bila nak cuti sekolah mesti ramai yang cakap macam ni .. kan ?

*Yeayy! Esok cuti!*
*CUTI!!!! Bye buku , Bye sekolah..!HAHA!*

Ekh , cuti tu .. maksudnya tak payah belajar ekh ?

*siapacakap?-siapacakap?-siapacakap?*
*Time cuti lah nak belajar kawannn ! *

Yeahh! Itu jawapan yang saya nak dengar !*clap hands*

okey , time cuti , kita kena belajar , sebab ape ?

*Sebab PBS lah  !!! *

Teeetttt ! *Wrong! =P*

*Then whattt ?!*
*Kau belajar Lillahi Ta'ala @ sebab exam and PBS *
*Sentap*
haaa-haaa , tak tauu!! aiyokkk . =P

Hmmm , Sebenar-benarnya saya dah takde idea .....! HAHA ! xD
Okeylahh , daripada saya merapu lebih2 , saya akhiri dengan ucapan ,
Sekian , Assalamualaikum . =D

Tali Persahabatan itu .. =')
Thursday, September 12, 2013 • 5:22 PM • 0 comments

Assalamualaikum ,
  Today , I wanna post something for my BEST SAHABAT that I had ... He is ... Muhammad Farid ..
Walaupun ana dengan anta dah takde pape even as a friend ... Ana tetap anggap anta sebagai SAHABAT ana yang paaaaaaaling COOL . It's true ....  Thanks sebab dah jadi THE BEST SAHABAT yg ana ada ... Selama ana dekat SMKTUN ... Okay ,, ana nak minta maaf sbb ade bbrape bulan lepas ana tak brape nak layan anta ... Halalkan duit topup yg ana tak sempat nak ganti ......... Maafkan ana kalau ana tak dapat nak jadikan diri ana sebagai seorang sahabat yang boleh dicontohi ... Maafkan ana kalau ana dah buat anta sakit hati ... Maafkan ana kalau ana tak dapat nak buat ape yang anta minta' .... Semuanya ana nak minta' maaf ! ana nak minta' maaf kalau dah buat banyak benda yang melibatkan anta ... Jangan Lupakan Tali Persahabatan Itu .... =')
Tu je yang ana nak cakap ... No more important thing to say ...

Assalamu alaik .

Salam Terakhir Daripada Seorang Sahabat ,
-Deena Akmaliah Yosree-

Kesedihan Melanda ... ='(
Thursday, March 14, 2013 • 5:23 PM • 0 comments

           
         Assalamualaikum ....^^

 Saya tak tau kenapa saya asyik nangis je sejak Penyampaian hadiah SPPIM n UPSR  berjalan .... Saya ... Saya rasa saya RINDU bila tengok satu port ke satu port yang lain .... saya .. saya rindu kawan2 saya !!! kami ... selalu main sama2 kat satu kawasan sekolah .... tapi ..sekarang tak ... saya nak jumpa diaorang pun ... jarang2 boleh ..Bila tengok kelas 5 ABS , 5 AAT , 5 SAA ... Saya ... saya jadi sedih .......... sebab .. kat kelas tu lah yang saya banyak main ... Saya rindu masa akhir tahun .. saya .. dan Nazzirah selalu main kat kelas 5 AAT .. kitaorang siap buat jadual ... Hari ni .. kelas ABS , esok kelas AAT .. dan bende tu .. berulang selama seminggu ............ Nazz ,, kita rindu nak main tolak2 kerusi .. Rindu nak main UNO kaw2 punya dengan awak ... Rindu nak BaSeD dgn kau ... Kenapa kau pindah jauh ?? Jangan lah pindah Kelantan .... stay je laa kat Kluang ... Please ... #nangis#

Hajaa ,, kita rindu awak !! kita nak main tepung lagi ... nak snapping lagi ... nak lepak2 macam biasa lagi .. semuanya kita nak !! Kita takde peluang nak buat macam tu lagi ...sebab .. kalau kita main pun .. bukan dengan orang yang sama ....dan rasa bila main ... mesti lain ... tak seBEST main dengan awak ... nazz pun ... Kita rindu nak gaduh2 .. merajuk2 .. Jaga kedai SRiH ,, Lepak ngan kak Qila ... semuanya kita RINDU !! Kita rindu nak buat persediaan untuk amali BaSeD lagi !! buat ramai2 ... Rindu nak ajar junior2 lagi ... Rindu nak  ajar diaorang before diaorang Mukhayyam ... semuanya kita rindu  !! Hajaa ,, Deen perlukan hajaa sekarang jugak !! ='(#nangis esak-esak#

Hajaa  ,Nazz ,,Hanis ,, and sesiapa .. Jom outing cuti ni .. perghh JUSCO tmn U .. Boleh tak ? #harap korang FREE .. =') #

To all yang saya tak tulis pasal dia kat sini .. Jangan sedih .. sebab saya tetap kawan kamu ! bila baca post ni .. jangan lupa bukak lagu KENANGAN TERINDAH untuk menjadikannya lebih SEDIH ! okay ! ;)
Bye .. Assalamualaikum .. ^^
Always SMILE no matter what happens ...^^
Saya rindu Mereka Semua !! =')


















                                                         Fakta atau Auta ?? o.0















Assalamualaikum , Deen hanya Hamba Allah yang biasa-biasa saja ... Sedang mencari keredhaan-Nya . Merindui sahabat-sahabat sendiri . :')
Diary About Link